Selasa, Oktober 21, 2008

Tong Dram dari langit????

Buletin Utama TV3 :Kisah guru di tendang oleh pelajar hanya kerana tidak menghantar kerja sekolah mereka. Berdasarkan kisah guru ini, saya teringat pertama kali bertukar ke sekolah di sekitar Bandar Taiping. Pada ketika itu saya masih guru baru yang masih tidak kenal murid-murid yang begitu ramai di sekolah ini. Kisah nye macam ni, ketika itu saya pertama kali mengajar mata pelajaran jasmani dan kesihatan tingkatan 1 (sesi petang). jadi nye saya dikehendaki membuat Ujian SEGAK hanya pelajar perempuan sahaja bagi untuk 2 kelas sahaja. ujian tu saya jalankan di bawah blok yang mempunyai 3 tingkat kesemuanya.

Ujian itu tidak menjadi apa-apa masalah pada saya. yang menjadi masalah nye ialah ketika ujian itu dijalankan, cuba anda bayangkan bagaimana tiba-tiba je tong sampah sebesar tong dram jatuh hampir mengenai hujung kaki. dan yang pasti nyer kaki saya dipenuhi dengan sampah-sampah yang telah dicampakkan dari tingkat atas. saya bernasib baik kerana ketika kejadian saya sempat bergerak sedikit ke kanan. cuba bayangkan sekiranya saya tidak bergerak sedikit pun, mahu nya dah koma kerana di timpa tong sampah yang besar seperti tong dram. cuba anda bayangkan dengan apa yang telah saya alami ini.

pada ketika itu, saya cukup tergamam dengan kejadian tong sampah dari langit. saya berpaling ke atas sekiranya ternampak kelibat sesiapa yang telah mencampak tong sampah tu, dan yang pastinya pelajar itu mungkin menyorok di sebalik koridor di tingkat itu. pada masa yang ada guru lain melihat kejadian tersebut, tetapi dia juga tidak dapat melihat siapakah kelibat pelajar yang suka membuat onar tu. agaknya kalau saya benar-benar ditimpa tong sampah tu, sudah tentu tiada pelajar yang akan mengaku kerana ianya berlaku dengan pantas. dan yang pastinya nyawa sebagai seorang guru berada di tangan murid yang tidak bertanggungjawab. alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana saya masih selamat.

kemudian saya menceritakan kejadian ini pada guru lain, jawapannya adalah cuma berhati-hati dengan pelajar sekolah ini. kalau di ikutkan saya masih guru baru di sekolah ini, rasanya tidak pernah membuat sesuatu yang menyakiti para pelajar sekolah ini. saya membayangkan betapa bahaya nya berada di sekolah ini dan tidak menyangka kejadian ini akan berlaku pada diri sendiri.

sebelum ini pernah terjadi kejadian yang boleh dianggap jenayah, di mana guru agama di sekolah lama saya dahulu cuba diugut dengan pisau hanya kerana tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan oleh guru tersebut. kejadian itu berlaku ketika guru mahu ke tempat parking keretanya. akhirnya pelajar itu digantung sekolah selama 2 minggu.

cuba bayang kan jika anda sendiri mengalami seperti kejadian guru agama tersebut dan juga saya sendiri. sejak kejadian itu, saya cukup berhati-hati ketika melalui blok tersebut dan saya mula membeli insuran takaful sebagai perlindungan. takut dan gementar jugak dibuatnya

Apa pendapat anda.............





Isnin, Oktober 20, 2008

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

9 Jenis Anak Syaitan..

Untuk dikongsi bersama....
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahumendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko,kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Buah yang paling enak

Buah kalimat Tauhid(Laa Ilaaha Illallah):
1. Dia akan masuk syurga tanpa dihisab dan adzab.
2. Paling berat di Mizan (Timbangan)
3. Memerdekakan akal dari segala bentuk khurafat dan kebatilan.
4. Diterima amal ibadah.

Buah Sholat :
1. Penilaian ibadah yang lain tergantung baiknya sholat.
2. Terhindar dari sifat orang-orang munafiq.
3. Menjadikan hati senang, kuat dan lapang serta mencerahkan muka dan sebagai penyejuk hati.
4. Menurunkan rahmat ALLAH SWT, mendatangkan rezeki dan memelihara nikmat serta mencegah segala kesengsaraan.
5. Makanan yang paling agung bagi pohon keimanan.
6. Ubat hati dari segala keraguan dan syahwat.
7. Diampuninya dosa, bertambahnya kebaikan, dan diangkatnya darjat seorang hamba.

Buah Membaca Al-Qur'an :
1. Menumbuhkan rasa takut (kepada ALLAH Yang Maha Mulia), melunakkan hati dan memberikan rasa ketenangan.
2. Menumbuhkan keyakinan yang merupakan inti iman.
3. Menumbuhkan rasa takut dan mawas diri terhadap hari akhir.
4. Merealisasikan dakwah kepada ALLAH SWT saja yang tiada sekutu bagi-Nya.
5. Membimbing ke jalan yang paling lurus.

Buah Do'a :
1. Terhindarnya seseorang dari kemurkaan ALLAH SWT
2. Lapangnya dada, hilangnya segala kesedihan dan kegundahan serta dimudahkannya segala urusan.
3. Bukti keimanan dan tawakkal seseorang kepada ALLAH SWT.
4. Mendapat rahmat dan terhindar dari bala.
5. Dicintai oleh ALLAH SWT.

Buah Selawat kepada Nabi SAW :
1. Ta'at kepada perintah ALLAH SWT.
2. Mendapatkan 10 selawat (rahmat) dari ALLAH SWT bagi yang membaca selawat sekali.
3. Diangkat 10 darjat, diberikannya 10 kebaikan dan dihapuskan 10 kesalahan (dosa).
4. Mendapat ampunan bagi hamba dan kecukupan dari segala yang menimbulkan kegelisahan dalam hati.
5. Dekat dengan Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat kelak.
6. Dimantapkannya kaki ketik menapaki Shirat.
7. Turunnya keberkahan, rahmat, dan kelapangan rezeki bagi yang membaca shalawat.

Buah Istighfar :
1. Ketaatan kepada ALLAH SWT dan menyuritauladankan Rasulullah SAW.
2. Menghindarkan (orang yang memohonkan ampunan) dari siksa, musibah dan bencana.
3. Turunnya hujan.
4. Turunya rahmat dan kenikmatan yang baik (terus-menerus).
5. Banyaknya anak dan harta.
6. Diangkatnya kesedihan, kegundahan dan musibah.

Buah Silaturrahim :
1. Masuk surga.
2. Mencegah dari su'ul khatimah (kematian yang buruk).
3. Sebagai tanda keimanan kepada ALLAH SWT dan hari akhir.
4. Bertambahnya umur dan dilapangkan rizki.
5. Mendapatkan rahmat ALLAH SWT.
6. Dihapuskan kesalahan dan dosa serta dimudahkan dalam hisab (dihari kiamat) kelak.
7. Tersebarnya rasa cinta dan kasih sayang serta mempercepat hubungan antar kerabat.
8. Memuliakan jiwa bagi pelakunya.

Buah Zikir :
1. Menjadikan ALLAH SWT ridha dan cinta kepada hamba-Nya.
2. Menghilangkan kesedihan dan kegundahan serta mengusir syaitan.
3. Terhindarnya dari penyesalan pada hari kiamat.
4. ALLAH SWT akan mengingat (menyebut) orang yang berdzikir kepada-Nya.
5. Dapat menghidupkan hati.
6. Menumbuhkan kecintaan seorang hamba kepada ALLAH SWT, merasa diawasi, dan menumbuhkan keinginan untuk selalu kembali kepada ALLAH SWT.
7. Mendapatkan ketenangan, rahmat dan datangnya para malaikat.
8. Mendatangkan keberkahan, keamanan dan rizqi.
9. Gunung dan tanah yang tandus bangga dengan orang yang berdzikir diatasnya.
10. Menjauhkan pelakunya dari perbuatan gibah (menceritakan aib orang lain)

Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?

"Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Jumaat, Oktober 17, 2008

Tips Dengan Mentua!!

Oh ya, kali ini kami akan berkongsi dengan anda tip yang amat penting dalam rumahtangga anda, supaya sentiasa aman bahagia terutamanya kaum wanita, iaitu mengenai bagaimana anda berhadapan dengan mertua anda...WOW!Antara perkara yang anda perlu tahu dan faham adalah:

1) Cuba bermesra dan tunjukkan rasa hormat kepada mereka semasa berbual.

2) Dahulukan keluarga anda - Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak, keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda.

3) Usah babitkan anak-anak dalam masalah - Andainya hubungan anda dengan mentua tidakbegitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalam masalah ini.

4) Dapatkan nasihat - Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai peranan dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman.

5) Terima seadanya - Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.

Semoga tip ni dapat mengeratkan lagi anda dan mertua anda...

Cara Memuji Isteri

Kajian menunjukkan puji-pujian yang diberi dengan ikhlas sentiasa menimbulkan perasaan positif kepada penerimanya. Orang-orang yang tidak suka memuji orang lain pun, apabila dia sendiri dipuji, dia pun berasa seronok juga.

Selama ini perbuatan memberi puji-pujian dianggap oleh kebanyakan orang sebagai perbuatan yang kurang baik. Ia dianggap begitu kerana di sebalik puji-pujian itu dikatakan selalu ada udang di sebalik batu, ataupun ada niat mengampu. Oleh itu perbuatan memuji-muji dianggap salah kerana tujuannya adalah manipulatif, atau memutar-belit orang yang diampu. Barangkali inilah faktor yang menyebabkan kita takut hendak mengucapkan puji-pujian secara terus terang dan terbuka. Kita takut dituduh ada udang di sebalik batu. Memang benar, amalan menggunakan puji-pujian untuk mengampu dan memutar-belit orang lain adalah amalan yang banyak berlaku.

Namun, pakar-pakar yang membuat kajian ke atas tingkah-laku mengampu mengatakan kita semua pernah mengampu serta memutar-belit orang, dan kita juga pernah menjadi mangsa kepada perbuatan mengampu dan putar-belit orang-orang lain ke atas diri kita. Biasanya, apabila kita memutar-belit orang, kita sendiri tidak perasaan bahawa kita sedang memutar-belit orang itu.Tujuan utama mengapa kita mengampu dan memuji-muji ialah supaya orang yang kita puji-puji itu suka kepada kita, dan dengan cara itu kita berharap kita dapat mempengaruhinya.

Pada masa ini banyak terdengar seruan supaya suami-suami jangan berat mulut hendak memuji isteri. Dikatakan bahawa puji-pujian suami akan menyukakan hati isteri. Dengan itu isteri yang banyak menerima pujian akan berasa bahagia. Dikatakan juga, puji-pujian suami akan menambahkan lagi cinta dan kasih sayang isteri yang sedia ada.Memang sudah disahkan oleh pakar-pakar bahawa biasanya puji-pujian dapat menyukakan hati isteri. Tetapi bolehkah puji-pujian membuat isteri bertambah cinta kepada suaminya? Lebih penting lagi, dapatkah puji-pujian dari suami membuat isteri menukar tingkah-laku, perangai, sikap dan pemikirannya negatif kepada yang lebih positif?

Pujian tidak sentiasa membuat orang yang dipuji berasa seronok. Perbuatan memuji-muji boleh menimbulkan kesan-kesan negatif kepada orang yang dipuji. Pertama, puji-pujian boleh membuat orang yang dipuji berasa dirinya terperangkap di dalam keadaan yang serba-salah, oleh itu dia tidak suka dengan pujian itu. Kedua, puji-pujian mungkin tidak disukai oleh si penerimanya kerana, secara tersirat, apabila dia dipuji, itu seolah-olah selama ini dia tidak bagus. Kalau orang itu memuji hasil kerjanya, orang yang dipuji mungkin berasa seolah-olah sebelumnya, dia disyaki tidak akan membuat kerja itu dengan baik. Ketiga, selepas mendengar puji-pujian itu, orang yang dipuji mungkin mulai risau kerana dia sedar dirinya sedang diperhatikan oleh si pemuji.

Di dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu pujian itu dianggap ikhlas ataupun cuma mengampu sahaja oleh orang yang dipuji? Ini terpulang kepada bagaimana orang yang dipuji menerima dan mentafsirkan pujian itu. Katakanlah, seorang suami memuji-muji lauk yang dimasak oleh isterinya. Apakah yang mungkin terjadi?
Pertama, si isteri mungkin menyangka suaminya memuji-muji lauknya dia kerana "ada undang di sebalik batu" iaitu suaminya menghendaki sesuatu daripadanya. Jika itulah tafsiran si isteri, pujian si suami bukannya membuat si isteri suka hati malah ia boleh menyakitkan hatinya. Dalam keadaan begitu, pujian si suami tidak membuat si isteri bertambah kasih kepada suaminya. Mungkin si isteri rasa menyampah pula.
Kedua, si isteri mungkin menyangka memang tabiat suaminya sangat murah dengan puji-pujian kepada sesiapa sahaja. Jadi, si isteri tidak berapa seronok dengan pujian itu kerana dia tahu suaminya tidak memilih-milih orang apabila memuji. Pujian begini tidak membuat si isteri berasa dirinya istimewa, oleh itu dia tidak bertambah kasih kepada suaminya akibat diberi pujian itu.
Ketiga, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah sebahagian daripada adab dan sopan yang selalu diamalkan oleh suaminya. Memanglah sopan bagi seseorang suami memuji isterinya apabila dia masak sendiri. Akibatnya, si isteri tahu bahawa suaminya memang seorang yang sopan dan baik budi bahasa. Tetapi suaminya memang akan memuji sesiapa sahaja apabila keadaan menghendaki dia memberikan pujian. Pujian jenis ini pun tidak boleh membuat seseorang isteri bertambah kasih kepada suaminya.
Keempat, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah putar belit suaminya mahukan supaya dia terus-menerus rajin memasak. Akibatnya si isteri berasa pujian itu bersifat manipulatif, tidak ikhlas, iaitu bertujuan memutar belit dirinya. Pujian jenis ini boleh membuat si isteri meluat kepada suaminya. Kelima, si isteri mungkin menyangka suaminya cuma hendak menyukakan hatinya sahaja, bukannya betul-betul kerana lauk yang dimasaknya sedap. Si isteri juga mungkin menyangka suaminya memujinya kerana tidak mahu melukakan perasaanya. Akibatnya si isteri berasa suaminya adalah seorang yang sangat baik hati, dan dia "seronok sedikit" mendengar pujian itu.
Keenam, si isteri mungkin berasa suaminya betul-betul ikhlas sewaktu memuji lauknya, jadi dia berasa sangat seronok. Dalam keadaan begini, pujian begitu boleh membuat isterinya bertambah-tambah suka dan kasih kepada suaminya.

Berikut ialah ialah cara-cara memuji isteri bertambah cinta kepada suami.Yang paling penting ialah: Jangan puji isteri sepanjang masa. Ertinya, jangan puji isteri dari mula baru-baru kahwin. Cara yang lebih baik ialah, mula-mula tunjukkan bahawa kita tidak berapa suka dengan perkara yang hendak dipuji itu. Sebagai contoh, walupun masakannya sedap, tapi kritik sedikit masakannya. Katakanlah karinya itu sedap tetapi terlalu "pekat". Pada lain kali, barulah puji. Pujian seperti ini akan membuat si isteri sangat seronok mendengarnya. Dia boleh bertambah sayang kepada suaminya.

Menurut pakar-pakar psikologi, ada tiga faktor mengapa kita lebih menyukai orang yang mula-mula mengkritik kita tetapi kemudian memuji kita, dibandingkan dengan orang yang memuji kita sepanjang masa.

Apabila dulu orang itu mengkritik kita, tetapi sekarang dia memuji kita pula, perbuatannya itu membuat kita rasa yakin mesti ada sesuatu yang kita buat, atau kita lakukan, yang menyebabkan orang itu mengubah sikap negatifnya kepada sikap positif terhadap kita.

Keyakinan itulah yang membuat kita rasa bahawa kita sudah berjaya. Sebagai contoh, kita yakin dulu kita tidak pandai membuat kari kerana dia pernah mengkritik kari kita. Tetapi sekarang kita sudah berjaya membuat kari yang lazat, itu sebab dia memuji kari kita. Kita seronok apabila kita yakin kita sudah berjaya. Apabila kita seronok, kita akan menyukai orang yang menyebabkan kita seronok. Pujian dari orang itu membuat kita suka kepadanya. Jikalau orang itu ialah suami sendiri, alangkah tepatnya. Apabila dulu orang itu suka mengkritik kita, sikapnya itu membuat kita berasa tidak seronok, bimbang, ragu dan serba salah. Apabila lama-lama kemudian dia memuji kita, semua perasaan-perasaan itu hilang. Jadi, kita rasa seronok. Apabila hati kita seronok, kita akan menyukai orang itu.Walaupun isteri kita seronok apabila dia kita puji sejak baru-baru mula-mula kahwin lagi, tetapi dia akan lebih seronok lagi apabila dia sangka dia dipuji oleh orang yang sangat cerewet, memilih-milih, kritis, serta lokek dengan pujian. Pendek kata, kalau tak betul-betul bagus, memang kita tak akan memujinya. Jadi, kalau kita berlakon suka mengkritik dia itu-ini, tetapi kemudian kita pura-pura suka kepada apa yang dibuatnya, isteri kita akan yakin bahawa kita seorang yang memilih-milih, cerewet, tak boleh lebih kurang dan cuma mahukan yang terbaik sahaja.

Jadi, apabila dia kita puji, dia yakin dia sudah mencapai taraf yang amat tinggi sehingga kita sanggup memujinya. Perasaan itulah yang menyebabkan isteri kita jadi sangat seronok mendengar pujian kita. Pujiannya kita itu akan membuat dia tambah kasih kepada kita. Ramai orang tidak setuju kita bermurah dengan puji-pujian kepada orang-orang di sekeliling kita. Mereka mengatakan puji-pujian boleh menimbulkan kesan negatif seperti orang yang dipuji. Nanti orang itu jadi perasan, tak sedar diri, sombong, angkuh, besar kepala, naik mua, naik kepala dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, yang menimbulkan kesan-kesan negatif seperti itu bukanlah puji-pujian itu sendiri. Kesan-kesan negatif itu adalah kesan teknik memuji yang salah. Jadi, Pujilah isteri kita dengan teknik-teknik yang betul supaya dia bertambah kasih kepada kita.

Teknik memuji betul akan mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri kita, antaranya ialah:
a. Isteri kita akan berasa dirinya sangat istimewa, berbeza daripada wanita-wanita lain.
b. Keyakinan dirinya akan naik dan keupayaannya akan meningkat. Hasilnya dia akan dapat
meninggikan lagi prestasinya.
c. Keyakinannya terhadap diri kita akan bertambah teguh.
d. Dia bertambah yakin hubungan perkahwinannya masih kukuh.
e. Dia bertambah yakin dirinya masih kita sayangi.
f. Dia yakin cara-cara dia melayan kita adalah betul, macam yang kita mahu.
g. Estim-dirinya meningkat.
h. Dia akan bersikap lebih terbuka kepada nasihat dan teguran kita.

Khamis, Oktober 16, 2008

Kenaikan Harga Minyak Kini


Amazing Player Guitar

Ahad, Oktober 05, 2008

OPEN HOUSE


















Jumaat, Oktober 03, 2008

RAYER @ TEPEN

ABANG SUDIRwan....ceiiiwahhhh....
jangan jelessss.....dah cun.......horeyyyyyyyyyyy......
wahhhhhh.........indahhhnyerrrrrr....lelakiiii ituuuuu.......
terbanggggggg RM110.00...kiii wakkkkk tullllll..........
makcikkkkk poseeeee.....cam getewwwwww........huhuhuhu
KENE PILIH ANTARA DUA...siti SITU SANA SINI...hahahaha
KULAAN NAPANG TUKU RIHENG.....harettttnyerrrr banerrrrr....
peghhhhhh nyaaaa aihhhhh.......
PERSATUAN NOMA n da geng.......
iklan COLGATE......pis..pis kacang pissssss.....


RAYER @ TIKAM BATU