Sabtu, Oktober 10, 2009

KENA KOPAK







pada awal pagi jumaat 9/10/2009 tak dapat dikenal pasti kul bape. pintu dapur belakang dah kena kopak dek pencuri yang rasenya dia dah lama aim rumah kami. lela masa tu dah g sekolah pun, tak perasan pun pase pintu tu dah kena kopak. yang perasan pun, khairul masa dia nak gi hantar farzana gi umah makjang.

kebetulan mak tak bukak lagi pintu dapur tu. biasanya mak dah bukak pepagi lagi. itupun selepas khairul tepon masa lela kat sekolah, baru le lela tau kejadian tersebut. pastu tepon mak suruh dia kunci sume pintu. di rumah masa tu pun mak dah gelabah and risau le ape lagi selepas khairul kata pintu dah kena kopak. tapi nasib baiknya dan syukur le tak ade barang yang nak dicurinya, cuma tongkol pintu yang dah patah je yang kami tak jumpa. pencuri tu ambik kot.

Pastu bila lela balik dari sekolah, mak teh pun tepon yang rumah makcik intan pun dah kena masuk pencuri, duit , kad pengenalan, kad bank, handbag ,wallet dan handset dah diambil pencuri tu. pencuri tu masuk ikut tingkap nako dengan guna cutter nya besi tingkap nako tu.

"agaknya pencuri tu dari jiran yang terdekat". kata makteh & makcik intan... sebabnya dia mcm tau kat mana nak pecah masuk.. semoga dia mendapat balasan dari tuhan yang maha esa...

Rabu, Oktober 07, 2009

Siapakah anda?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...


Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


orang yang hampa pula ialah yang banyak pengetahuannya tetapi tidak berusaha melaksanakan apa yang diketahuinya