Khamis, Disember 11, 2008

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipudaya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allahswt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagisehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata NabiAdam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung elah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.

"Apa Yang Akan Ditanya:Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya duaperkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apaperbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia,mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambilair sembahyang apabila terdengar azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyangsebelum azan.Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di =dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azanlagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. BesarnyaHuraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jaraklangit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Tiada ulasan: