Selasa, Oktober 21, 2008

Tong Dram dari langit????

Buletin Utama TV3 :Kisah guru di tendang oleh pelajar hanya kerana tidak menghantar kerja sekolah mereka. Berdasarkan kisah guru ini, saya teringat pertama kali bertukar ke sekolah di sekitar Bandar Taiping. Pada ketika itu saya masih guru baru yang masih tidak kenal murid-murid yang begitu ramai di sekolah ini. Kisah nye macam ni, ketika itu saya pertama kali mengajar mata pelajaran jasmani dan kesihatan tingkatan 1 (sesi petang). jadi nye saya dikehendaki membuat Ujian SEGAK hanya pelajar perempuan sahaja bagi untuk 2 kelas sahaja. ujian tu saya jalankan di bawah blok yang mempunyai 3 tingkat kesemuanya.

Ujian itu tidak menjadi apa-apa masalah pada saya. yang menjadi masalah nye ialah ketika ujian itu dijalankan, cuba anda bayangkan bagaimana tiba-tiba je tong sampah sebesar tong dram jatuh hampir mengenai hujung kaki. dan yang pasti nyer kaki saya dipenuhi dengan sampah-sampah yang telah dicampakkan dari tingkat atas. saya bernasib baik kerana ketika kejadian saya sempat bergerak sedikit ke kanan. cuba bayangkan sekiranya saya tidak bergerak sedikit pun, mahu nya dah koma kerana di timpa tong sampah yang besar seperti tong dram. cuba anda bayangkan dengan apa yang telah saya alami ini.

pada ketika itu, saya cukup tergamam dengan kejadian tong sampah dari langit. saya berpaling ke atas sekiranya ternampak kelibat sesiapa yang telah mencampak tong sampah tu, dan yang pastinya pelajar itu mungkin menyorok di sebalik koridor di tingkat itu. pada masa yang ada guru lain melihat kejadian tersebut, tetapi dia juga tidak dapat melihat siapakah kelibat pelajar yang suka membuat onar tu. agaknya kalau saya benar-benar ditimpa tong sampah tu, sudah tentu tiada pelajar yang akan mengaku kerana ianya berlaku dengan pantas. dan yang pastinya nyawa sebagai seorang guru berada di tangan murid yang tidak bertanggungjawab. alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana saya masih selamat.

kemudian saya menceritakan kejadian ini pada guru lain, jawapannya adalah cuma berhati-hati dengan pelajar sekolah ini. kalau di ikutkan saya masih guru baru di sekolah ini, rasanya tidak pernah membuat sesuatu yang menyakiti para pelajar sekolah ini. saya membayangkan betapa bahaya nya berada di sekolah ini dan tidak menyangka kejadian ini akan berlaku pada diri sendiri.

sebelum ini pernah terjadi kejadian yang boleh dianggap jenayah, di mana guru agama di sekolah lama saya dahulu cuba diugut dengan pisau hanya kerana tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan oleh guru tersebut. kejadian itu berlaku ketika guru mahu ke tempat parking keretanya. akhirnya pelajar itu digantung sekolah selama 2 minggu.

cuba bayang kan jika anda sendiri mengalami seperti kejadian guru agama tersebut dan juga saya sendiri. sejak kejadian itu, saya cukup berhati-hati ketika melalui blok tersebut dan saya mula membeli insuran takaful sebagai perlindungan. takut dan gementar jugak dibuatnya

Apa pendapat anda.............





Isnin, Oktober 20, 2008

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

9 Jenis Anak Syaitan..

Untuk dikongsi bersama....
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahumendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko,kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Buah yang paling enak

Buah kalimat Tauhid(Laa Ilaaha Illallah):
1. Dia akan masuk syurga tanpa dihisab dan adzab.
2. Paling berat di Mizan (Timbangan)
3. Memerdekakan akal dari segala bentuk khurafat dan kebatilan.
4. Diterima amal ibadah.

Buah Sholat :
1. Penilaian ibadah yang lain tergantung baiknya sholat.
2. Terhindar dari sifat orang-orang munafiq.
3. Menjadikan hati senang, kuat dan lapang serta mencerahkan muka dan sebagai penyejuk hati.
4. Menurunkan rahmat ALLAH SWT, mendatangkan rezeki dan memelihara nikmat serta mencegah segala kesengsaraan.
5. Makanan yang paling agung bagi pohon keimanan.
6. Ubat hati dari segala keraguan dan syahwat.
7. Diampuninya dosa, bertambahnya kebaikan, dan diangkatnya darjat seorang hamba.

Buah Membaca Al-Qur'an :
1. Menumbuhkan rasa takut (kepada ALLAH Yang Maha Mulia), melunakkan hati dan memberikan rasa ketenangan.
2. Menumbuhkan keyakinan yang merupakan inti iman.
3. Menumbuhkan rasa takut dan mawas diri terhadap hari akhir.
4. Merealisasikan dakwah kepada ALLAH SWT saja yang tiada sekutu bagi-Nya.
5. Membimbing ke jalan yang paling lurus.

Buah Do'a :
1. Terhindarnya seseorang dari kemurkaan ALLAH SWT
2. Lapangnya dada, hilangnya segala kesedihan dan kegundahan serta dimudahkannya segala urusan.
3. Bukti keimanan dan tawakkal seseorang kepada ALLAH SWT.
4. Mendapat rahmat dan terhindar dari bala.
5. Dicintai oleh ALLAH SWT.

Buah Selawat kepada Nabi SAW :
1. Ta'at kepada perintah ALLAH SWT.
2. Mendapatkan 10 selawat (rahmat) dari ALLAH SWT bagi yang membaca selawat sekali.
3. Diangkat 10 darjat, diberikannya 10 kebaikan dan dihapuskan 10 kesalahan (dosa).
4. Mendapat ampunan bagi hamba dan kecukupan dari segala yang menimbulkan kegelisahan dalam hati.
5. Dekat dengan Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat kelak.
6. Dimantapkannya kaki ketik menapaki Shirat.
7. Turunnya keberkahan, rahmat, dan kelapangan rezeki bagi yang membaca shalawat.

Buah Istighfar :
1. Ketaatan kepada ALLAH SWT dan menyuritauladankan Rasulullah SAW.
2. Menghindarkan (orang yang memohonkan ampunan) dari siksa, musibah dan bencana.
3. Turunnya hujan.
4. Turunya rahmat dan kenikmatan yang baik (terus-menerus).
5. Banyaknya anak dan harta.
6. Diangkatnya kesedihan, kegundahan dan musibah.

Buah Silaturrahim :
1. Masuk surga.
2. Mencegah dari su'ul khatimah (kematian yang buruk).
3. Sebagai tanda keimanan kepada ALLAH SWT dan hari akhir.
4. Bertambahnya umur dan dilapangkan rizki.
5. Mendapatkan rahmat ALLAH SWT.
6. Dihapuskan kesalahan dan dosa serta dimudahkan dalam hisab (dihari kiamat) kelak.
7. Tersebarnya rasa cinta dan kasih sayang serta mempercepat hubungan antar kerabat.
8. Memuliakan jiwa bagi pelakunya.

Buah Zikir :
1. Menjadikan ALLAH SWT ridha dan cinta kepada hamba-Nya.
2. Menghilangkan kesedihan dan kegundahan serta mengusir syaitan.
3. Terhindarnya dari penyesalan pada hari kiamat.
4. ALLAH SWT akan mengingat (menyebut) orang yang berdzikir kepada-Nya.
5. Dapat menghidupkan hati.
6. Menumbuhkan kecintaan seorang hamba kepada ALLAH SWT, merasa diawasi, dan menumbuhkan keinginan untuk selalu kembali kepada ALLAH SWT.
7. Mendapatkan ketenangan, rahmat dan datangnya para malaikat.
8. Mendatangkan keberkahan, keamanan dan rizqi.
9. Gunung dan tanah yang tandus bangga dengan orang yang berdzikir diatasnya.
10. Menjauhkan pelakunya dari perbuatan gibah (menceritakan aib orang lain)

Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?

"Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Jumaat, Oktober 17, 2008

Tips Dengan Mentua!!

Oh ya, kali ini kami akan berkongsi dengan anda tip yang amat penting dalam rumahtangga anda, supaya sentiasa aman bahagia terutamanya kaum wanita, iaitu mengenai bagaimana anda berhadapan dengan mertua anda...WOW!Antara perkara yang anda perlu tahu dan faham adalah:

1) Cuba bermesra dan tunjukkan rasa hormat kepada mereka semasa berbual.

2) Dahulukan keluarga anda - Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak, keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda.

3) Usah babitkan anak-anak dalam masalah - Andainya hubungan anda dengan mentua tidakbegitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalam masalah ini.

4) Dapatkan nasihat - Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai peranan dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman.

5) Terima seadanya - Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.

Semoga tip ni dapat mengeratkan lagi anda dan mertua anda...

Cara Memuji Isteri

Kajian menunjukkan puji-pujian yang diberi dengan ikhlas sentiasa menimbulkan perasaan positif kepada penerimanya. Orang-orang yang tidak suka memuji orang lain pun, apabila dia sendiri dipuji, dia pun berasa seronok juga.

Selama ini perbuatan memberi puji-pujian dianggap oleh kebanyakan orang sebagai perbuatan yang kurang baik. Ia dianggap begitu kerana di sebalik puji-pujian itu dikatakan selalu ada udang di sebalik batu, ataupun ada niat mengampu. Oleh itu perbuatan memuji-muji dianggap salah kerana tujuannya adalah manipulatif, atau memutar-belit orang yang diampu. Barangkali inilah faktor yang menyebabkan kita takut hendak mengucapkan puji-pujian secara terus terang dan terbuka. Kita takut dituduh ada udang di sebalik batu. Memang benar, amalan menggunakan puji-pujian untuk mengampu dan memutar-belit orang lain adalah amalan yang banyak berlaku.

Namun, pakar-pakar yang membuat kajian ke atas tingkah-laku mengampu mengatakan kita semua pernah mengampu serta memutar-belit orang, dan kita juga pernah menjadi mangsa kepada perbuatan mengampu dan putar-belit orang-orang lain ke atas diri kita. Biasanya, apabila kita memutar-belit orang, kita sendiri tidak perasaan bahawa kita sedang memutar-belit orang itu.Tujuan utama mengapa kita mengampu dan memuji-muji ialah supaya orang yang kita puji-puji itu suka kepada kita, dan dengan cara itu kita berharap kita dapat mempengaruhinya.

Pada masa ini banyak terdengar seruan supaya suami-suami jangan berat mulut hendak memuji isteri. Dikatakan bahawa puji-pujian suami akan menyukakan hati isteri. Dengan itu isteri yang banyak menerima pujian akan berasa bahagia. Dikatakan juga, puji-pujian suami akan menambahkan lagi cinta dan kasih sayang isteri yang sedia ada.Memang sudah disahkan oleh pakar-pakar bahawa biasanya puji-pujian dapat menyukakan hati isteri. Tetapi bolehkah puji-pujian membuat isteri bertambah cinta kepada suaminya? Lebih penting lagi, dapatkah puji-pujian dari suami membuat isteri menukar tingkah-laku, perangai, sikap dan pemikirannya negatif kepada yang lebih positif?

Pujian tidak sentiasa membuat orang yang dipuji berasa seronok. Perbuatan memuji-muji boleh menimbulkan kesan-kesan negatif kepada orang yang dipuji. Pertama, puji-pujian boleh membuat orang yang dipuji berasa dirinya terperangkap di dalam keadaan yang serba-salah, oleh itu dia tidak suka dengan pujian itu. Kedua, puji-pujian mungkin tidak disukai oleh si penerimanya kerana, secara tersirat, apabila dia dipuji, itu seolah-olah selama ini dia tidak bagus. Kalau orang itu memuji hasil kerjanya, orang yang dipuji mungkin berasa seolah-olah sebelumnya, dia disyaki tidak akan membuat kerja itu dengan baik. Ketiga, selepas mendengar puji-pujian itu, orang yang dipuji mungkin mulai risau kerana dia sedar dirinya sedang diperhatikan oleh si pemuji.

Di dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu pujian itu dianggap ikhlas ataupun cuma mengampu sahaja oleh orang yang dipuji? Ini terpulang kepada bagaimana orang yang dipuji menerima dan mentafsirkan pujian itu. Katakanlah, seorang suami memuji-muji lauk yang dimasak oleh isterinya. Apakah yang mungkin terjadi?
Pertama, si isteri mungkin menyangka suaminya memuji-muji lauknya dia kerana "ada undang di sebalik batu" iaitu suaminya menghendaki sesuatu daripadanya. Jika itulah tafsiran si isteri, pujian si suami bukannya membuat si isteri suka hati malah ia boleh menyakitkan hatinya. Dalam keadaan begitu, pujian si suami tidak membuat si isteri bertambah kasih kepada suaminya. Mungkin si isteri rasa menyampah pula.
Kedua, si isteri mungkin menyangka memang tabiat suaminya sangat murah dengan puji-pujian kepada sesiapa sahaja. Jadi, si isteri tidak berapa seronok dengan pujian itu kerana dia tahu suaminya tidak memilih-milih orang apabila memuji. Pujian begini tidak membuat si isteri berasa dirinya istimewa, oleh itu dia tidak bertambah kasih kepada suaminya akibat diberi pujian itu.
Ketiga, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah sebahagian daripada adab dan sopan yang selalu diamalkan oleh suaminya. Memanglah sopan bagi seseorang suami memuji isterinya apabila dia masak sendiri. Akibatnya, si isteri tahu bahawa suaminya memang seorang yang sopan dan baik budi bahasa. Tetapi suaminya memang akan memuji sesiapa sahaja apabila keadaan menghendaki dia memberikan pujian. Pujian jenis ini pun tidak boleh membuat seseorang isteri bertambah kasih kepada suaminya.
Keempat, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah putar belit suaminya mahukan supaya dia terus-menerus rajin memasak. Akibatnya si isteri berasa pujian itu bersifat manipulatif, tidak ikhlas, iaitu bertujuan memutar belit dirinya. Pujian jenis ini boleh membuat si isteri meluat kepada suaminya. Kelima, si isteri mungkin menyangka suaminya cuma hendak menyukakan hatinya sahaja, bukannya betul-betul kerana lauk yang dimasaknya sedap. Si isteri juga mungkin menyangka suaminya memujinya kerana tidak mahu melukakan perasaanya. Akibatnya si isteri berasa suaminya adalah seorang yang sangat baik hati, dan dia "seronok sedikit" mendengar pujian itu.
Keenam, si isteri mungkin berasa suaminya betul-betul ikhlas sewaktu memuji lauknya, jadi dia berasa sangat seronok. Dalam keadaan begini, pujian begitu boleh membuat isterinya bertambah-tambah suka dan kasih kepada suaminya.

Berikut ialah ialah cara-cara memuji isteri bertambah cinta kepada suami.Yang paling penting ialah: Jangan puji isteri sepanjang masa. Ertinya, jangan puji isteri dari mula baru-baru kahwin. Cara yang lebih baik ialah, mula-mula tunjukkan bahawa kita tidak berapa suka dengan perkara yang hendak dipuji itu. Sebagai contoh, walupun masakannya sedap, tapi kritik sedikit masakannya. Katakanlah karinya itu sedap tetapi terlalu "pekat". Pada lain kali, barulah puji. Pujian seperti ini akan membuat si isteri sangat seronok mendengarnya. Dia boleh bertambah sayang kepada suaminya.

Menurut pakar-pakar psikologi, ada tiga faktor mengapa kita lebih menyukai orang yang mula-mula mengkritik kita tetapi kemudian memuji kita, dibandingkan dengan orang yang memuji kita sepanjang masa.

Apabila dulu orang itu mengkritik kita, tetapi sekarang dia memuji kita pula, perbuatannya itu membuat kita rasa yakin mesti ada sesuatu yang kita buat, atau kita lakukan, yang menyebabkan orang itu mengubah sikap negatifnya kepada sikap positif terhadap kita.

Keyakinan itulah yang membuat kita rasa bahawa kita sudah berjaya. Sebagai contoh, kita yakin dulu kita tidak pandai membuat kari kerana dia pernah mengkritik kari kita. Tetapi sekarang kita sudah berjaya membuat kari yang lazat, itu sebab dia memuji kari kita. Kita seronok apabila kita yakin kita sudah berjaya. Apabila kita seronok, kita akan menyukai orang yang menyebabkan kita seronok. Pujian dari orang itu membuat kita suka kepadanya. Jikalau orang itu ialah suami sendiri, alangkah tepatnya. Apabila dulu orang itu suka mengkritik kita, sikapnya itu membuat kita berasa tidak seronok, bimbang, ragu dan serba salah. Apabila lama-lama kemudian dia memuji kita, semua perasaan-perasaan itu hilang. Jadi, kita rasa seronok. Apabila hati kita seronok, kita akan menyukai orang itu.Walaupun isteri kita seronok apabila dia kita puji sejak baru-baru mula-mula kahwin lagi, tetapi dia akan lebih seronok lagi apabila dia sangka dia dipuji oleh orang yang sangat cerewet, memilih-milih, kritis, serta lokek dengan pujian. Pendek kata, kalau tak betul-betul bagus, memang kita tak akan memujinya. Jadi, kalau kita berlakon suka mengkritik dia itu-ini, tetapi kemudian kita pura-pura suka kepada apa yang dibuatnya, isteri kita akan yakin bahawa kita seorang yang memilih-milih, cerewet, tak boleh lebih kurang dan cuma mahukan yang terbaik sahaja.

Jadi, apabila dia kita puji, dia yakin dia sudah mencapai taraf yang amat tinggi sehingga kita sanggup memujinya. Perasaan itulah yang menyebabkan isteri kita jadi sangat seronok mendengar pujian kita. Pujiannya kita itu akan membuat dia tambah kasih kepada kita. Ramai orang tidak setuju kita bermurah dengan puji-pujian kepada orang-orang di sekeliling kita. Mereka mengatakan puji-pujian boleh menimbulkan kesan negatif seperti orang yang dipuji. Nanti orang itu jadi perasan, tak sedar diri, sombong, angkuh, besar kepala, naik mua, naik kepala dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, yang menimbulkan kesan-kesan negatif seperti itu bukanlah puji-pujian itu sendiri. Kesan-kesan negatif itu adalah kesan teknik memuji yang salah. Jadi, Pujilah isteri kita dengan teknik-teknik yang betul supaya dia bertambah kasih kepada kita.

Teknik memuji betul akan mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri kita, antaranya ialah:
a. Isteri kita akan berasa dirinya sangat istimewa, berbeza daripada wanita-wanita lain.
b. Keyakinan dirinya akan naik dan keupayaannya akan meningkat. Hasilnya dia akan dapat
meninggikan lagi prestasinya.
c. Keyakinannya terhadap diri kita akan bertambah teguh.
d. Dia bertambah yakin hubungan perkahwinannya masih kukuh.
e. Dia bertambah yakin dirinya masih kita sayangi.
f. Dia yakin cara-cara dia melayan kita adalah betul, macam yang kita mahu.
g. Estim-dirinya meningkat.
h. Dia akan bersikap lebih terbuka kepada nasihat dan teguran kita.

Khamis, Oktober 16, 2008

Kenaikan Harga Minyak Kini


Amazing Player Guitar

Ahad, Oktober 05, 2008

OPEN HOUSE


















Jumaat, Oktober 03, 2008

RAYER @ TEPEN

ABANG SUDIRwan....ceiiiwahhhh....
jangan jelessss.....dah cun.......horeyyyyyyyyyyy......
wahhhhhh.........indahhhnyerrrrrr....lelakiiii ituuuuu.......
terbanggggggg RM110.00...kiii wakkkkk tullllll..........
makcikkkkk poseeeee.....cam getewwwwww........huhuhuhu
KENE PILIH ANTARA DUA...siti SITU SANA SINI...hahahaha
KULAAN NAPANG TUKU RIHENG.....harettttnyerrrr banerrrrr....
peghhhhhh nyaaaa aihhhhh.......
PERSATUAN NOMA n da geng.......
iklan COLGATE......pis..pis kacang pissssss.....


RAYER @ TIKAM BATU











Khamis, September 25, 2008

RAHSIA AIS

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

PETUA & KHASIAT

PETUA ORANG LAMA
Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.
Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin. Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi. Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan. Jauhkan membuang air kecil di dalam air.

Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.
Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air.

Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.
Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.
Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat.
Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur.
Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar.
Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.
Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.
Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.
Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.
Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.
Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.
Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.
Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.
Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.
Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.
Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.
Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut
Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal
Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.
Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang
iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala
Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu . atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.
Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
Kencing Tidak Lawas
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.
Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.
Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman .
Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah. masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
Untuk mengubati penyakit batu karang
Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.
Panawar racun dan sengatan binatang berbisa
Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.
Penawar jika dipatuk ular
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.
Penawar gigitan anjing gila
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.
Untuk merawati masalah batuk kering
Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.
Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.
Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.
Benjol dan luka yang teruk
Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.
Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.
Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.
Pelembap muka
Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, kulit muka akan menjadi lembab dan segar.
Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.
Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.
KHASIAT
Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.
Kopi halia ubat kembung
Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.
Khasiat dari akar kayu sengugut
Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.
Khasiat pucuk jambu
Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan anda tidak akan muntah-muntah lagi.
Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.
Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.
Khasiat daun jarak
Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang. penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.
Khasiat dari akar kelapa
Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.
Khasiat dari ubi jalar
Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.
Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.
Khasiat memakan belalang beras
Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas.Ia juga dapat mengubati penyakit buasir.Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.Jika sentiasa memakan belalang ini maka dapat menguruskan badan.

8 PENGERTIAN CINTA MENURUT QUR'AN

"Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah
adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah
Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail
Adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf.
Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah,
Iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah,
Iaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu).
Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah.
Yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)"